Percutian Nyaman Dan Keselesaan Adalah Harapan Kami Untuk Kalian Semua
IKLAN & MAKLUMAN
PERHATIAN: Umrah Tarbawi @ Ziarah Mawaddah Bumi Hijjaz, Mac/April/May 2011selama 13 hari/12 malam dengan menaiki penerbangan (MAS) pada hargaRM4900. Tertakluk kpd 40 peserta pertama, sebelum 30 Disember 2010. DAFTARLAH SEGERA. Hubungi saya 016-335 9234. Harga & pakej tertakluk kpd perubahan tanpa notis.
Ingin melancong ke Padang- Bukit Tinggi Indonesia. Ayuh pendaftaran kini dibuka. Harga promosi & istimewa menanti anda. Tawaran Pakej Emas, Padang-Bukit Tinggi akan diberikan kpd 30 orang yg mendaftar awal. Berapa??? Hubungi Ust Amin 016-3359234.
Selasa, 28 September 2010
UMRAH BULAN DESEMBER (VISA ZIARAH)
ATURCARA UMRAH BULAN DESEMBER (VISA ZIARAH)
22 DEC – 2 JAN 2011 (12 hari 11 malam)
HARI 1 : KUALA LUMPUR / JEDDAH
Berkumpul di aras 5, KLIA 3 jam sebelum berlepas untuk urusan passport. Tiba di Jeddah .Selesai urusan imigren, jemaah akan menaiki bas ke Madinah menuju ke hotel.
HARI 2 : MADINAH
Tiba di Madinah. Daftar masuk hotel. Selepas sarapan jam 7.00 pagi, berkumpul di lobi hotel untuk ziarah:-
Ziarah Dalam: Ziarah makam Rasulullah s.a.w, makam para sahabat, Raudhah dan Perkuburan Baqi
HARI 3 : MADINAH / AL ULA
Selepas sarapan, bertolak ke Al Ula dan berhenti di rehat di Zubaida Dam dan Khaiber. Selepas daftar masuk ke hotel Al Ula / Madain Saleh, makan tengahari di hotel. Meneruskan lawatan ke tempat-tempat menarik di Madain Saleh termasuk Islamic Castle, Hijjaz Railway Station No.21, Mammoth Rock dan menikmati pemandangan matahari terbenam di Al-Hara Hill. Bermalam dan makan malam di hotel.
HARI 4 : AL ULA / MADINAH
Selepas sarapan, melawat ke Al Ula Old City, Old Railway Station dan menyaksikan permandangan di Al Khuraibah. Selepas makan tengahari dan solat jama', jemaah akan bertolak ke Madinah. Daftar semula masuk hotel Madinah.
HARI 5 : MADINAH - MAKKAH
Selepas sarapan,berkumpul di lobi hotel untuk ziarah:-
Ziarah Luar: Ziarah Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh, Jabal Uhud, Bazar kurma & ladang kurma.
ZIARAH PILIHAN PENEMUAN BARU (tertakluk kepada bayaran tambahan)
i. Masjid Tikar, Gua Uhud, ii. Kilang Al-Quran dan Lapangan Magnet, Selepas solat Zohor, ziarah wida' di makam Rasulullah sebelum bertolak ke Makkah. Tiba di Makkah, daftar masuk ke Hotel dan mengerjakan umrah pertama dibawah bimbingan mutawwif.
HARI 6 : TAIF / MAKKAH
Selepas sarapan, teruskan perjalanan untuk ziarah Taif dan menikmati pemandangan di Hada dan melawat masjid Ibn Al -Abbas. Makan tengahari di restoran tempatan. Kemudian jemaah akan di bawa ke Syafa dan Fruit Market. Balik ke Hotel. Nota : Tarikh lawatan ke Taif tertakluk kepada pindaan.
HARI 7 – 10 : MAKKAH
Ziarah Luar: Jabal Thur, Arafah, Jabal Rahmah, Jabal Nur, Muzdalifah, Mina (tempat melontar seperti Jamratul Aqabah, Ula dan Wusta). Jemaah akan dibawa ke Ja'ranah untuk bermiqat dan seterusnya kembali ke Makkah untuk mengerjakan ibadah umrah.Umrah Tanaim (tertakluk kepada bayaran tambahan) Ke Tanaim (Masjid Saidatina Aishah) untuk bermiqat (niat mengerjakan umrah) dan seterusnya kembali ke Masjidil Haram untuk menyempurnakan ibadat umrah. Waktu-waktu Lapang dan Umrah selain dari mengikuti ziarah pilihan, jemaah bebas mengisi masa lapang dengan memperbanyakkan ibadah di Masjidil Haram. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud : "Pada Ka'abah itu ada 120 rahmat kepada pengunjungnya pada setiap hari, iaitu 60 untuk tawaf, 40 untuk solat sunat dan 20 untuk melihat Ka'abah"
Ziarah Pilihan Jemaah (tertakluk kepada kelulusan waktu dan hari ziarah akan ditentukan oleh mutawwif di Makkah) Ziarah Hudaibiyah: Ziarah tempat-tempat bersejarah di Hudaibiyah (Syumaisi), Melawat ladang unta, Tertakluk kepada pihak syarikat mendapat keizinan daripadapihak berkuasa kerajaan Arab Saudi, jemaah akan dibawa melawat ke muzium 2 Masjid (Masjid Nabawi & Masjidil Haram) dan Kiswah (kilang kelambu ka'abah). Jemaah akan di bawa bermiqat (berniat ihram umrah) kemudian kembali ke Masjidil Haram untuk menyempurnakan rukun umrah. Ziarah Gua Hera (tertakluk kepada bayaran tambahan)
HARI 11 : MAKKAH / JEDDAH
Bertolak ke Jeddah dan melawat ke Jeddah The Old Town , Nassif House, Old Houses , Alawi – Souq Al Chafee Mosque, Corniche. Makan tengahari di restoran tempatan. Berkumpul di Lapangan Terbang sebelum penerbangan pulang ke KualaLumpur.
HARI 12 : JEDDAH / KUALA LUMPUR
Tiba di Kuala Lumpur
NOTA PENTING
1) Bagi jemaah umrah wanita sebelum berniat menunaikan umrah sila kemukakan masalah mereka kepada guru agama /pembimbing untuk kelancaran umrah.
2) Sebelum meninggalkan Makkah sila periksa dahulu sama ada mereka wajib membayar dam atau tidak di atas kesilapan ketika menunaikan umrah.
3) Dinasihatkan jemaah membawa sepersalinan pakaian di dalam hand luggage.
HARGA RM 6850.00
HARGA PAKEJ TERMASUK :
• Tiket Penerbangan,Visa, Muassasah & Penginapan
• Skim perlindungan Insuran Takaful
• Makanan, Kos Pengangkutan & Aturcara Ziarah
• Kursus Umrah, Cenderahati & Air Zam Zam (10 Liter)
Hotel Makkah ,Madinah
Harga untuk 4 orang sebilik
Tambahan RM 300 seorang untuk bilik berdua
** Harga tertakluk kepada perubahan tanpa notis
Makluman : Ini adalah aturcara am, semua jemaah akan melalui aturcara yang tidak jauh berbeza kecuali tempat mendarat (Jeddah atau Madinah), masa dan jumlah hari.
MADAIN SALEH, KEHANCURAN KAUM TSAMUD
MADAIN SALEH
Jun 25th, 2010 | Oleh Ust Aminuddin
Setelah menyaksikan tulisan sebelumnya mengenai sirah kaum Nabi Saleh yang berada di kota Madain Saleh, sebelah utara kota Madinah alMunauwarah. Kini kita beranjak menyaksikan sejarah kehancuran kaum Tsamud kerana derhaka pada Allah dan Nabi-Nya. Kota ini (Madain Saleh) sebelum ditempati oleh Nabi Saleh As. Beserta kaumnya, adalah tempat tinggal Nabi Hud dan kaum Ad yang dibinasakan oleh angin taufan yang begitu kencang. Sehingga banyak manusia yang ingkar pada risalah nabi Hud bergelimpangan, rumah serta bangunan-bangunan tinggi runtuh berserakan. Haiwan-haiwan berterbangan keserata alam. Seketika bumi yang dipijak menjadi gurun, gersang dan tandus.
Diriwayatkan bahawa negeri itu telah kosong dari penduduknya, kerana Nabi Hud beserta pengikut setianya telah pindah ke Mekkah. Akhirnya Allah SWT. mengganti lembaran sejarah dengan diutusnya Nabi Saleh kepada bangsa (kaum) Tsamud, yang terkenal dengan kepandaian memahat dan membina bangunan kukuh daripada gunung-gunung berbatu. Mereka tinggal bersama utusan Allah di sebuah lembah yang bernama Al Hijr, yang kini dikenali sebagai Madain Saleh.
Setelah negeri itu dihuni oleh kaum Tsamud, bumi yang asalnya kering menjadi sangat subur. Kebun-kebun dengan mata air mengalir deras menghidupkan kembali tanah gersang yang tertimbun pasca taufan dahsyat. Nabi Saleh mengajak kaumnya untuk bertaqwa dan mensyukuri nikmat Allah yang dilimpahkan pada mereka. Kerana kehidupan kaum Tsamud sama persis dengan kehidupan kaum sebelumnya (kaum Ad). Mereka selalu membuat kerosakan dan hidup penuh dengan kesombongan. Mereka mengagungkan harta kekayaan yang mereka miliki, mereka berfikiran harta yang mereka miliki itu akan kekal abadi selama-lamanya. Kehidupan dikuasai dengan hawa nafsu dan angkara murka, sehingga batu-batu yang mereka pahat sekalipun menjadi bahan sembahan dan pemujaan mereka. Berhala yang mereka sembah adalah Wad, Jad, Syams, Manaf, Manaat, Al-Lataa dan sebagainya.
Lalu Allah mengutus Nabi Shaleh untuk bertaqwa kepada-Nya dan mengikuti nasihat-nasihat beliau untuk mensyukuri atas limpahan nikmat dari Allah SWT. Namun mereka mendustakan da n meminta bukti mukjizat pada Nabi Saleh sebagai tanda beliau seorang utusan Allah. Seketika itu, Allah menunjukan Ke-Maha besaran-Nya dengan memberikan mukjizat pada Nabi Saleh berupa seekor unta betina yang keluar dari celah gunung batu. Dari tetek unta itu keluar air susu yang terus menerus keluar sehingga semua bangsa Tsamud dapat menikmatinya setiap saat.
K erana dikuasai perasaan dengki dan menolak seruan nabi Shaleh, kaum Tsamud masih mendustakan mukjizat Nabi Saleh berupa seekor unta betina yang telah mengulangi masa-masa kemarau di negeri itu dengan air susunya yang dapat diperah setiap saat. Pada akhirnya mereka tetap mendustakan janji Nabi Allah dengan menyembelih unta tersebut. Seraya berkata: Hai Saleh!!! Datangkanlah siksa yang telah engkau janjikan itu, seandainya engkau benar-benar utusan Allah, buktinya unta mukjizat itu telah kami bunuh. Nabi Saleh berkata: “Kalian benar-benar telah berbuat dosa, sekarang kalian boleh bersenang-senang, setelah tiga hari janji Allah akan tiba!”
Sebenarnya tempoh tiga hari yang dikatakan Nabi Saleh As. Adalah sebuah harapan semoga kaumnya sedar dan memohon ampun pada Allah dan Nabi-Nya. Akan tetapi mereka menganggap itu adalah sebagai tanda kelemahan Saleh. Maka tepat tiga hari setelah terbunuhnya unta Saleh As, Azab dan siksaan Allah turun untuk menghantam kaum Tsamud. Azab itu berupa suara petir yang sangat dahsyat. Gemuruh petir yang sangat kuat itu dapat menyebabkan suara yang mengguntur mampu menghancurkan rumah dan bangunan-bangunan tinggi tempat tinggal mereka, bukit-bukit yang dipergunakan sebagai benteng, harta kekayaan mereka porak-poranda disambar petir dan tiupan angin. Hanya Nabi Saleh dan pengikutnya yang beriman sahaja yang mampu terselamat dari azab tersebut.
Firman Allah, Adapun kaum Tsamud, maka mereka telah dibinasakan dengan kejadian yang luar biasa.(Qs. 69 : 5). Yang dimaksud dengan kejadian luar biasa itu ialah petir yang sangat keras, yang menyebabkan suara mengguntur dan dapat menghancurkan. Firman Allah, Kerana itu mereka ditimpa gempa, maka jadilah mereka mayat-mayat yang bergelimpangan di tempat tinggal mereka.(Qs. 7 : 78)
Petir adalah tenaga elektrik yang terjadi kerana pertemuan partikel elektrik (+) yang disebut proton dengan partikel elektrik (-) yang disebut electron dekat dengan bumi, maka akan menimbulkan gaya elektrik yang dekat dengan partikel elektrik (+) yang ada di bumi. Kalau pertemuan proton dengan electron itu pada pohon-pohonan atau manusia, maka benda itu akan terbakar. Apabila mengenai batu, maka batu tersebut akan pecah. Demikian pula apabila mengenai bangunan ianya pasti hancur. Kehancuran benda yang terkena sambaran petir itu tergantung kepada besarnya tenaga elektrik yang ditimbulkan oleh proton dan electron tersebut. Al-Quran menyebutkan bahwa as-Shaiqah kadang-kadang diibaratkan dengan ar-Rajfah, at-Thaghiyah, dan as-Shaidah. Dan satu suara keras yang mengguntur menimpa orang-orang yang zalim.(Qs. 11 : 67)
Demikianlah kehancuran kaum Tsamud yang durhaka pada Allah dan Nabi-nya, yang kini dapat kita saksikan sendiri dengan mata kepala kita di kota Madain Saleh sebagai pelajaran yang bermakna bagi kecintaan kita pada risalah Nabi dan rasul Allah SWT. Bahkan pada perang Tabuk pun Rasulullah pernah mendatangi tempat itu dan melarang sahabat-sahabatnya meminum air dari sumur, yang dikenal juga dengan sebutan sumur Tsamud.
Wallahuaklam..
Ust Aminuddin Amir Albanjari
016-335 9234
21-03 Jul 2010
Jabal Magnet Keajaiban Alam di Madinah
Madinah selain terkenal sebagai kota nabi, memiliki panorama alam yang indah yang dikelilingi oleh deretan perbukitan atau dalam bahasa Arab dikenal jabal. Kedudukan Madinah itu sendiri terletak antara Jabal Uhud (perbukitan Syurga ) dengan Pergunungan Nar (perbukitan Neraka). Disamping Jabal Uhud yang terkenal karena sejarah peperangan zaman Rasulullah SAW, ada sebuah lagi jabal yang di kenali sebagai Jabal Magnet, tempat lawatan yang menarik kepada para jamaah haji termasuk Indonesia dan Malaysia, terletak sekitar 30 km dari kota Madinah menuju arah kota Tabuk.
Walaupun, Jabal Magnet yang sudah terkenal dikalangan jamaah haji Indonesia dan Malaysia , ternyata tidak dikenali oleh warga asli Madinah, tetapi yang lebih diketahui adalah warga pendatang asing Madinah. Penduduk Madinah menyebutnya bukan dengan Jabal Magnet (bukit magnet), tetapi Manthaqotul Baido (tanah putih).
Jabal Magnet terletak di luar wilayah haram, kawasan ini ditempuh sekitar 30 minit dari pusat kota Madinah. Untuk sampai ke arah jabal magnet melalui hamparan pasir, pepohonan dan gunung berbatu menambah keindahannya. Jabal magnet ini merupakan pusat magnet terbesar di dunia, hal ini dibuktikan dari daya magnet terhadap kenderaan , kenderaan boleh bergerak laju walaupun enjin kenderaan di matikan. Sebaliknya, kenderaan yang melintas meninggalkan jabal magnet akan terasa berat, karena terjadi arus tarik menarik.
Perjalanan ke Jabal Maghanatis Lebih kurang 40 km dari Madinah
Jalan-jalan di kota Madinah menurun, namun kedudukannya tidak curam, yang menghairankan, kenderaan boleh meluncur laju dengan kecepatan sehingga mencapai 120 km/jam, meski enjin kenderaan dimatikan. Namun, keajaiban yang ada di tanah suci itu hanya berlaku sejauh 2-3 kilometer sahaja. Melihat fenomena yang ada itu, membuat kita bertanya-tanya akan keajaiban dari ciptaan Allah. Hanya Dialah yang mengetahui rahsia disebalik semua ciptaanNya.Sehingga ini tidak ada kajian untuk membuka rahsia fenomena alam ini terjadi.
Kenderaan yang di naiki akan ditarik balik ke Kota Madinah
Lawatan saya jamaah Umrah saya ke Jabal Magnet pada baru baru ini yang lalu dibawa oleh La Habra & Service Sdn Bhd, di bawah bimbingan mutawif iaitu Ustaz Haji Asri yang merupakan seorang penuntut sebuah universiti tahun akhir di Universiti Madinah alMunauwarah.
Catatan perjalanan saya bermula di sini...
Diari ku - Jabal Maghnatis (Bukit Magnet)
“Saudaraku, mari kita ke Jabal Maghnatis” kata saya pada pemandu kami, untuk lawatan hari ini. Namanya saya lupa tetapi seorang warga Indonesia. Hari ini 24 Jun 2010, saya dan para jemaah melawat sekitar kota Madinah Munawwarah, Rumah Kaab Bin Asraf Ketua Orang Yahudi. Telaga Biqrurumah atau Perigi Syaidina Othman Bin Affan Dll.
Sejurus selepas habis tempat-tempat lawatan, maka saya mengajaknya ke Bukit Magnet. Ia satu keajaiban di Madinah. Kadang-kala, rombongan umrah tidak mengajak ahlinya ke sini. Ini kerana, jauh perjalanan dari Madinah ke Jabal Maghnatis lebih kurang 40 km.
“Ada apa kat sana ustaz?” tanya salah seorang jemaah pada saya.
Jabal Maghnatis (bukit magnet) ini ialah satu tempat di mana kereta akan ditarik semula ke Madinah. Apabila sampai ke kawasan ini, kereta akan bergerak sendiri untuk balik ke Madinah. Kekuatan tarikan ini hingga, kelajuan bas atau kereta akan bergerak hingga melebihi 120 km/ jam.
Ini salah satu lagi dari keajaiban kota Madinah.
Pada hari Khamis dan Jumaat, orang Arab akan datang ke sini beramai-ramai, membawa keluarga. Mereka akan berkelah di tempat ini. Tempat ini juga merupakan kawasan lapang yang cantik pemandangannya.
Terdapat pokok-pokok rimbun yang akan melindungi sesiapa di sini dari terikan matahari.
Perjalanan kami ke sini berselisih dengan bas-bas pengunjung yang balik dari kawasan akhir Jabal Maghnatis ini.
Di tepi jalan, saya melihat sebuah kereta yang remuk hadapannya. Saya bertanya kepada Ust Asri:-
“Ada juga eksiden di sini ye..”
“Ya… eksiden dengan unta,” katanya ringkas.
“Di jalan-jalan di sini, banyak terdapat unta-unta. Kadang-kala unta ini akan meluru laju ke tengah jalan raya” Ust Asri menyambung.
“Tak ada tuan ke?” saya bertanya kehairanan.
“Ada, cuma tuannya membiarkan ia berkeliaran” Ust Asri menerangkan pada saya.
Barangkali, kalau di Malaysia, suasana ini, seperti jalan-jalan di Felda yang banyak lembu-lembu bersepah dan berkeliaran di sana sini.
Dan banyak juga berlaku kemalangan membabitkan kereta dan lembu.
“Mmm, patutlah jalan dari Mekah ke Madinah merka letakkan pagar dawai. Takut unta melintas” bisik hati saya yang teringatkan keadaan lebuh raya, Mekah – Madinah.
“Ok, cuba tengok,” kata driver yang mula memberhentikan bas yang kami naiki.
Dia memberhentikan basnya. Kemudian, perlahan-lahan bas ini mula bergerak. Semakin lama semakin laju, semakin laju dan laju.
Saya memerhatikan meter bas. 120-130 km/jam.
“ini kalau tak jaga, terus sampai hotel ni” kata pemandu bergurau.
Tak tahulah mana satu bukit yang menarik semua benda besi ke Madinah. Tapi yang pasti setiap kenderaan akan bergerak sendiri menuju kota Madinah dari bukit ini.
Inilah kebesaran Allah yang Allah tunjukkan pada kita. Sesungguhnya, Allah menujukkan tanda-tanda kebesarannya kepada manusia, tetapi kebanyakkan manusia tidak memerhatikan.
“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
Ust Aminuddin Amir AlBanjari
0163359234
21-03 Jul 2010
Langgan:
Catatan (Atom)