Percutian Nyaman Dan Keselesaan Adalah Harapan Kami Untuk Kalian Semua
IKLAN & MAKLUMAN
PERHATIAN: Umrah Tarbawi @ Ziarah Mawaddah Bumi Hijjaz, Mac/April/May 2011selama 13 hari/12 malam dengan menaiki penerbangan (MAS) pada hargaRM4900. Tertakluk kpd 40 peserta pertama, sebelum 30 Disember 2010. DAFTARLAH SEGERA. Hubungi saya 016-335 9234. Harga & pakej tertakluk kpd perubahan tanpa notis.
Ingin melancong ke Padang- Bukit Tinggi Indonesia. Ayuh pendaftaran kini dibuka. Harga promosi & istimewa menanti anda. Tawaran Pakej Emas, Padang-Bukit Tinggi akan diberikan kpd 30 orang yg mendaftar awal. Berapa??? Hubungi Ust Amin 016-3359234.
Khamis, 22 Julai 2010
KEMBARA BUMI TURKI-ISTANBUL 2010
TURKI-ISTANBUL ~ 10D 9N
Day 1 : KUALA LUMPUR/ ISTANBUL
Tiba di Lapangan Terbang Attaturk. Disambut oleh wakil kami. Terus ke SultanAhmet/ Cemberlitas untuk daftar masuk hotel. Berehat seketika sebelum lawatan lewat petang ke Masjid Beyazit & Grand Bazaar (I). Makan Malam- Istirehat. Bermalam di Istanbul
Day 2 : ISTANBUL
Sarapan pagi: Lawatan di Masjid Biru yang amat terkenal di Istanbul dibina oleh Mimar Sinan, Agya Sofya gereja yang telah bertukar menjadi masjid ketika era Mehmet Aga, Hippodrome dan Makam Sultan Uthmaniah (Sultan Mahmud dan Sultan Ahmad). Makan Tengahari dan solat Jamak dan lawatan diterus ke Topkapi Palace- Istana Kerajaan Uthmaniah yang kini telah jadikan muzium yang menempatkan banyak artifak dan tinggalan sejarah Istanbul. Makan malam, solat Jamak, Istirehat. Bermalam di Istanbul
Day 3 : ISTANBUL/ NEVSEHIR
Sarapan pagi: Menaiki bot menyelusuri selat Bosphorus yang memisahkan antara Laut Hitam dan Mediterranean dengan melihat puluhan bangunan bersejarah dipesisirnya. Menikmati Sandwich Ikan Bakar di Eminonue. Ziarah ke Masjid Yeni Eminonue dan Masjid Rustam Pasha yang diberi jolokan Masjid Hijau. Membeli belah di Spice Bazaar. Bersiap untuk ke Nevsehir (Cappadocia) disebelah petang. Bermalam di atas bas untuk perjalanan ke Nevsehir
Day 4 : NEVSEHIR (CAPPADOCIA)
Pagi: Tiba di Neveshir. Daftar masuk Hotel. Dan pengembaraan di bumi Cappadocia diteruskan dengan melawat Zelve, Uchisar, Avanos, Goreme. Melihat keindahan semulajadi pembentukan lava gunung berapi yang ditarah untuk dijadikan rumah masyarakat lama di Cappadocia. Berpeluang melihat sendiri bagaimana tembikar dibuat dan bagaimana permata dicanai. Melawat Goreme Open Air Museum serta menikmati kelazatan masakan Turki di Bindalle Restaurant. Makan Malam, Solat Jamak dan Istirehat. Bermalam di Goreme.
Day 5 : NEVSEHIR/ KONYA
Pagi: Bertolak ke Konya. Perjalanan memakan masa 3 jam melalui Erikli. Tiba di Konya Tengahari. Daftar masuk hotel. Lawatan disekitar Konya. Makam Jaluddin Ar-Rumi dan Muzium Mevlana. Konya Bazaar, Masjid bersejarah sekitar Konya antaranya; Masjid Aziziye, Masjid Iplikci dan Masjid Sarafettin. Bermalam di Konya
Day 6 : KONYA/ AFYON/ BURSA
Selepas sarapan pagi bertolak ke bandar Afyonkarahisar atau singkatannya Afyon. Melawat Great Mosque Afyon & Altigoz Bridge yang dibina ketika era Seljuq. Dari Afyon perjalanan diteruskan ke Bursa melalui Eskisehir. Tiba di Bursa lewat petang. Daftar masuk hotel. Bermalam di Bursa
Day 7 : BURSA
Lawatan sehari di Bursa. Antara tempat menarik yang dilawati ialah Masjid Hijau, EmirSultan, Pasar Sutera yang wujud sejak kurun ke-14 dikenali dengan KozaHan, Ulu Camii (Great Mosque) Bursa dibina pada tahun 1399 Masihi, Melawat Makam Pengasas Kerajaan Uthmaniah, Sultan Uthman dan Sultan Orhan di Tophane.
Day 8 : BURSA/ ISTANBUL
Selepas sarapan pagi bertolak ke Istanbul melalui Yalova. Merentasi selat Marmara ke Eskihisar melalui Kocaeli untuk ke Istanbul. Tiba di Istanbul. Daftar masuk hotel. Aktiviti di Grand Bazaar (II). Makan Malam & Istirehat. Bermalam di Istanbul.
Day 9 : ISTANBUL
Selepas sarapan pagi melawat Makam sahabat Ayub Al-Ansari & Abi Darda' di daerah Ayub. Melawat Makam Sultan Muhammad Al-Fatih yang telah berjaya membuka Konstantinople. Lawatan ke Beykoz untuk ziarah Makam Nabi Yusha ibn Nun. Petang: Aktiviti bebas di Taksim (Istiqlal Street). Makan Malam & Istirehat. Bermalam di Istanbul
Day 10 : ISTANBUL/ KUALA LUMPUR
11:30 pagi. Bertolak ke Lapangan Terbang Attaturk untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur
Departure Date 1 : 14 Oct 2010
Departure Date 2 : 20 Nov 2010
Departure Date 3 : 11 Nov 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan